
JOM TEROKAI KEHIDUPAN ANDA DI SINI
Bercuti tetapi jika tidak ke mana-mana, percutian anda sangat membosankan! Ipoh menjanjikan pelbagai tempat menarik untuk anda lawati dan menghabiskan masa bersama keluarga. Jika anda ada bajet yang besar, boleh bawa keluarga anda ke taman tema. Berjalan-jalan di sekitar bandaraya Ipoh juga boleh jadikan percutian anda sesuatu yang menarik!
JOM JALAN-JALAN
JOM BELI-BELAH
JOM MAKAN

Lost World of Tambun
Di sini anda boleh rasai keseronokan bermain air dan berendam di dalam kolam air panas serta melihat haiwan liar di Lost World of Tambun, Sesuai untuk dikunjungi oleh keluarga.
​
3 km dari Aishah Residence
​

AEON Mall Kinta City
​
AEON Mall Kinta City adalah AEON Mall yang pertama di Ipoh dan terletak paling hampir dengan Aishah Residence. Bagi mereka yang gemar membeli belah, boleh luangkan masa anda di sini bersama keluarga
7 km dari Aishah Residence

Restoran Kampung Ipoh
​
Jika anda teringin nak makan seafood, steamboat dan grill, cubalah di Restoran Kampung Ipoh. Anda juga bakal dihiburkan dengan persembahan buskers bermula 9.30 malam. Harga bermula daripada RM35 (dewasa).
​
2 km dari Aishah Residence

Bangunan Warisan
Bagi pecinta sejarah dan keunikan bangunan lama, anda boleh menjejaki bangunan peninggalan British yang terdapat di bandaraya Ipoh antaranya
"Taj Mahal Malaysia". Jangan lupa selfie!
​
13 km dari Aishah Residence

Ipoh Parade
Ipoh Parade adalah antara pusat membeli-belah terbesar di Ipoh. Parkson juga terdapat di dalam Ipoh Parade. Jika teringin main bowling bersama keluarga, bolehlah bawa mereka ke sini.
​
12 km dari Aishah Residence
.jpg)
Ipoh Shellabration
​
Penggemar shellout boleh cuba versi masak cili atau masak lemak di sini. Boleh juga cuba masakan Melayu yang lain seperti siakap masak cili, ayam kunyit. Memang tidak menghampakan.
​
4 km dari Aishah Residence

Movie Animation Park Studios
Tempat percutian untuk anak-anak anda. Habiskan masa anda di Animation Square, Dream Zone, Blast Off Zone, Live Action Zone, Lakeside Zone dan Fantasy Forest. Pastikan anda cukup bajet.
​
13 km dari Aishah Residence

AEON Mall Klebang
​
AEON Mall Klebang adalah AEON Mall ketiga di Ipoh selepas Kinta City dan Station 18 dan AEON Mall terbesar di Ipoh. H&M, Guess Jeans, Espirit, MNG, Uniqlo, Sembonia, Timberland, Brands Outlet dan Kaison adalah antara outlet yang terdapat di sini
13 km dari Aishah Residence

Mat Periuk Jr
​
Pemilik restoran ini adalah Chef Kamarul, selebriti chef terkenal di Malaysia. Anda boleh cuba makanan barat, makanan tempatan dan pelbagai pencuci mulut di sini, Hiasan dalaman kedainnya yang "sempoi" sesuai untuk aktiviti lepak yang santai.
​
6 km dari Aishah Residence

Kellie's Castle
Istana milik warga British ini terbengkalai kerana dikatakan berhantu. Tapi kini istana ini adalah lokasi pelancongan. Jika anda seorang professional, gambar anda akan kelihatan seperti di luar negara.
​
27 km dari Aishah Residence

Gerbang Malam
​
Bagi yang gemar membeli-belah secara santai bolehlah berkunjung ke sini. Dibuka setiap malam hingga awal pagi. Bagi yang gemar berurut reflexologi, boleh dapatkan khidmat urutan di sini.
12 km dari Aishah Residence

Restoran Adily Gopeng
​
Jika anda sanggup memandu sejauh 22 km, anda boleh ke Restoran Adily. Lebih 50 jenis lauk untuk anda pilih sebagai hidangan makanan tengahari anda. Harganya lebih murah dari anda sangka!
​
22 km dari Aishah Residence

Funtasy House Trick Art
Merakam gambar bersama keluarga di Funtasy House Trick Art mungkin akan jadi pengalaman terindah anda di Ipoh. Rakam detik anda dengan gaya yang paling menarik dan kongsikan dengan rakan-rakan anda di media sosial!.
12 km dari Aishah Residence
​