top of page

JOM TEROKAI KEHIDUPAN ANDA DI SINI

Bercuti tetapi jika tidak ke mana-mana, percutian anda sangat membosankan! Ipoh menjanjikan pelbagai tempat menarik untuk anda lawati dan menghabiskan masa bersama keluarga. Jika anda ada bajet yang besar, boleh bawa keluarga anda ke taman tema. Berjalan-jalan di sekitar bandaraya Ipoh juga boleh jadikan percutian anda sesuatu yang menarik!

JOM JALAN-JALAN

JOM BELI-BELAH

JOM MAKAN

Lost-World-of-Tambun.jpeg

Lost World of Tambun

 

Di sini anda boleh rasai keseronokan bermain air dan berendam di dalam kolam air panas serta melihat haiwan liar di Lost World of Tambun, Sesuai untuk dikunjungi oleh keluarga. 

​

3 km dari Aishah Residence

​

https://sunwaylostworldoftambun.com/

2018-02-01.jpg

AEON Mall Kinta City

​

AEON Mall Kinta City adalah AEON Mall yang pertama di Ipoh dan terletak paling hampir dengan Aishah Residence. Bagi mereka yang gemar membeli belah, boleh luangkan masa anda di sini bersama keluarga

 

7 km dari Aishah Residence

Restoran-Kampung-Ipoh.jpg

Restoran Kampung Ipoh

​

Jika anda teringin nak makan seafood, steamboat dan grill, cubalah di Restoran Kampung Ipoh. Anda juga bakal dihiburkan dengan persembahan buskers bermula 9.30 malam. Harga bermula daripada RM35 (dewasa).

​

2 km dari Aishah Residence

06 Ipoh train station and hotel_edited.j

Bangunan Warisan

 

Bagi pecinta sejarah dan keunikan bangunan lama, anda boleh menjejaki bangunan peninggalan British yang terdapat di bandaraya Ipoh antaranya

"Taj Mahal Malaysia". Jangan lupa selfie!

​

13 km dari Aishah Residence

maxresdefault.jpg

Ipoh Parade

 

Ipoh Parade adalah antara pusat membeli-belah terbesar di Ipoh. Parkson juga terdapat di dalam Ipoh Parade. Jika teringin main bowling bersama keluarga, bolehlah bawa mereka ke sini.

​

12 km dari Aishah Residence

download (1).jpg

Ipoh Shellabration

​

Penggemar shellout boleh cuba versi masak cili atau masak lemak di sini. Boleh juga cuba masakan Melayu yang lain seperti siakap masak cili, ayam kunyit. Memang tidak menghampakan.  

​

4 km dari Aishah Residence

maps-1.jpg

Movie Animation Park Studios

 

Tempat percutian untuk anak-anak anda. Habiskan masa anda di Animation Square, Dream Zone, Blast Off Zone, Live Action Zone, Lakeside Zone dan Fantasy Forest. Pastikan anda cukup bajet.

​

13 km dari Aishah Residence

 

Zone.http://www.mapsperak.com/

1 AEON Mall Ipoh Klebang.JPG

AEON Mall Klebang

​

AEON Mall Klebang adalah AEON Mall ketiga di Ipoh selepas Kinta City dan Station 18 dan AEON Mall terbesar di Ipoh. H&M, Guess Jeans, Espirit, MNG, Uniqlo, Sembonia, Timberland, Brands Outlet dan Kaison adalah antara outlet yang terdapat di sini

 

13 km dari Aishah Residence

matperiukjr03.jpg

Mat Periuk Jr

​

Pemilik restoran ini adalah Chef Kamarul, selebriti chef terkenal di Malaysia. Anda boleh cuba makanan barat, makanan tempatan dan pelbagai pencuci mulut di sini, Hiasan dalaman kedainnya yang "sempoi" sesuai untuk aktiviti lepak yang santai.

​

6 km dari Aishah Residence

kellie-castle-01.jpg

Kellie's Castle

 

Istana milik warga British ini terbengkalai kerana dikatakan berhantu. Tapi kini istana ini adalah lokasi pelancongan. Jika anda seorang professional, gambar anda akan kelihatan seperti di luar negara.

​

27 km dari Aishah Residence

images.jpg

Gerbang Malam

​

Bagi yang gemar membeli-belah secara santai bolehlah berkunjung ke sini. Dibuka setiap malam hingga awal pagi. Bagi yang gemar berurut reflexologi, boleh dapatkan khidmat urutan di sini. 

 

12 km dari Aishah Residence

download.jpg

Restoran Adily Gopeng

​

Jika anda sanggup memandu sejauh 22 km, anda boleh ke Restoran Adily. Lebih 50 jenis lauk untuk anda pilih sebagai hidangan makanan tengahari anda. Harganya lebih murah dari anda sangka!

​

22 km dari Aishah Residence

funtasy-house-trick-art.jpg

Funtasy House Trick Art

 

Merakam gambar bersama keluarga di Funtasy House Trick Art mungkin akan jadi pengalaman terindah anda di Ipoh. Rakam detik anda dengan gaya yang paling menarik dan kongsikan dengan rakan-rakan anda di media sosial!. 

 

 12 km dari Aishah Residence

​

http://funtasyhouse.com/

  • Facebook Basic Black

ALAMAT

No. 73, Jalan Pakatan Jaya 21

Taman Pakatan Jaya

31150 Ulu Kinta, Ipoh

Perak Darul Ridzuan

HUBUNGI

aishahresidence@gmail.com

Tel: 60147599500

BAYARAN

AISHAH RESIDENCE

© 2018 by AISHAH RESIDENCE

bottom of page